mainSlider2.gif

Mengenai Kami

Romance Music Academy telah ditubuhkan oleh seorang ahli muzik muda yang berwawasan serta bersemangat dalam bidang pendidikan muzik pada tahun 2006. Akademi ini bermula dari kelas piano peribadi dan telah kian berkembang kepada pengajaran piano secara praktikal dan teori untuk peperiksaan bagi semua gred di bawah Associated Board of the Royal Schools of Music, Trinity College London and London College of Music. Selain itu, Romance Music Academy juga terkenal dengan pengajaran piano yang berkualiti tinggi dan juga menawarkan kelas muzik instrumen yang lain, seperti violin dan keyboard.


Tahun 2017 merupakan tahun yang menarik kerana kami kini diperkenalkan semula sebagai Romance Music & Art.


slide1-animation.gif

Kelas bergred untuk Piano / Violin / Guitar / Ukulele / Clarinet 

Kelas untuk pelajar-pelajar Gred-1 ke Gred-8 yang berminat untuk menduduki peperiksaan muzik. Kedua-dua peperiksaan praktikal dan teori akan diajar oleh guru-guru kami yang berpengalaman serta berkelayakan tinggi. Pelajaran teori dan praktikal boleh diambil secara serentak atau berasingan mengikuti keperluan pelajar. Kelas-kelas merangkumi setiap kemahiran yang diperlukan oleh pemeriksa, termasuk persembahan, teknik, notasi, pendengaran, persepsi muzik, kreativiti serta inovasi. Kelas adalah sesuai bagi semua pelajar daripada setiap golongan umur.

 

Kami juga menyediakan servis pendaftaran peperiksaan dengan perbadanan peperiksaan yang berikut:

  • Associate Board of Royal Schools of Music (ABRSM)

  • Trinity College of Music (TRINITY)

  • London College of Music (LCM)

*Semua peperiksaan gred muzik dan diploma boleh diambil kira ke dalam mata tarif UCAS untuk permohonan melanjutkan pengajian ke universiti di UK.

 


diploma_level.png

Kursus Peringkat Diploma

Terdapat badan peperiksaan luar negara juga menawarkan program lanjutan yang lebih mendalam kepada pelajar-pelajar yang berhasrat untuk mencapai kelayakan yang lebih tinggi dalam bidang pendidikan muzik.

Ditawarkan oleh Trinity College of Music London, Music Performance Diploma:

Associate of Trinity College London (ATCL)

Licentiate of Trinity College London (LTCL)

Ditawarkan oleh London College of Music :

Diploma of the London College of Music (DipLCM)

(QCF Level 4, equivalent to 1st year university undergraduate module)

Associate of the London College of Music (ALCM)

(QCF Level 5, equivalent to 2nd year university undergraduate module)

Licentiate of the London College of Music (LLCM)

(QCF Level 6, equivalent to final year university undergraduate module)

Ditawarkan oleh Royal School of Music :

Associate of the Royal Schools of Music (ARSM)

piano-animation.gif

Kursus Piano Untuk Dewasa

Terdapat 3 tahap kursus ditawarkan, dengan kelas-kelas merangkumi pelajaran pemahaman, teknik, latihan penguatan jari, kord dan gaya bermain, dan lagu-lagu termasuk pilihan folk, klasikal dan kontemporari. Selepas tamat kursus, pelajar berkenaan akan dapat bermain beberapa muzik yang paling popular dan mempunyai pemahaman yang baik tentang konsep dan gaya muzik yang asas.


final-animation.gif

Bermain Secara Rekreasi

Tiada keperluan asas diperlukan. Belajar untuk bermain sejenis alat muzik kegemaran anda.


Apabila kanak-kanak diberi satu peluang…

Mereka dijemput untuk bermain alat musik melalui stesen radio.

Dia berjaya memenangi anugerah di perayaan musik.